sejak raya kan, aku asyik nak merampuih je kerja. Mood macam kacau bilau sangat. Kadang-kadang rasa nak bunuh diri, nak bunuh orang well bunuh orang tu memang selalu. Dengar suara orang bercakap pun tak boleh. Adoyaii. Sebenranya aku bercadang untuk menjauhkan diri daripada orang lain tapi tak menjadi. Selalunya rasa pelik-pelik semacam ni maybe nak period. Fuuh, kalau nak period aku pesan memang lebih baik jauhkan diri daripada aku. Kalau tak aku marah orang macam aku selalu marah Akmal. Masa tu rasa macam semua orang macam menjengkelkan aku. Yang tak buat salah pun termasuk. Memang teruk.
Takpun sebab aku ni seorang hamba Allah yang jahil. Eceeh, tapi memang betul pun.
Nak kata aku beramal sangat memang tak lah. Kadang-kadang solat tak cukup, lawan cakap mak, kurang ajar, menyakitkan hati orang dengan kata-kata walaupun tak mencarut. Iman aku memang tak kuat langsung. AHH ni semuanya salah syaitan yang mengahasut diri ini.
Takpun diri aku ni memang dah teruk, syaitan tak goda pun sendiri dah buat. Ya Allah, perubahkanlah diriku ini. Aku memang nak berubah ke arah kebaikan. Biarlah di dunia ini aku tidak bahagia asalkan di akhirat bahagia. Tapi setakat cakap sahaja pun tak menjadi sangat. Aku perlu usaha sendiri la.
Memang cemburu tengok orang yang baik, alim macam Hani. Suka tengok orang pergi masjid, mengaji, solat lima waktu. kadang-kadang bila lalu sebelah diorang rasa macam malu sangat.
Biarlah orang nak kata apa bila baca post ni. Aku tak kisah pun*kalau ada orang baca lerr*
Kalaulah aku ada kekuatan, aku nak kekuatan untuk menghalang diri daripada tergoda dengan godaan Syaitan. Mwehehehe :)
No comments:
Post a Comment