First of all, Alhamdulillah result SPM okay :D Cukup untuk membanggakan parents dan diri sendiri. Hadiah? Haha tak rasa nak minta sangat tapi perlu lah minta sebab sebelum ni memang tak pernah merasa dapat apa jenis hadiah pun hehe.
Then PLKN..
PLKN Teluk Rubiah woohooooooo! First two weeks tu macam homesick terlebih and first week tu memang sangat sangat sangat kesunyian. Aduhhhh hanya Allah je yang tahu betapa sunyinya masa tu. Cerita dekat orang lain pun diorang tak akan faham. Alhamdulillah makin lama makin okay. Sangat sangat okay hihi. Ada macam-macam jenis kawan dan kitorang saling menerima diri seadanya. Kawan yang paaaaling rapat dengan 604 :D then 620 dan 605 ! Dorm Hawa paling best and tak banyak salah faham semua. Haha of course lah dah nama pun Dorm Hawa kan, semestinya hebat :P
Aktiviti macam tak heavy sangat lagi. Sebenarnya kawad best! Part kawad panas-panas jelah yang tak tahan. Tuan pun baik je. TKP Aaron Aziz je macam kerek kerek sikit haha. Nasib baik handsome, sedapla sikit mata memandang.
Wira?? Hehe. Ada suatu pagi tu, orang lain tengah lena tidur after habis kuliah Subuh Ahad. Aku yang tak dapat tidur ni pun merajinkanlah diri pergi surau. Tengah khusyuk mengaji + tafsir tiba-tiba dengar wira mengaji. Memang sedap habis suara dia! Then sampai sekarang taktahu lagi siapa dia tapi rasanya macam budak Alpha tu :P Hahaha macam tu jelah yang crush pun. Memang tak lah nak menggedik sana sini jual muka. HA HA bukan itu tujuan pergi PLKN.
Kawan yang paaaling bagus 604 :) Budak 18. Dia memang pegangan agama kuat betul lah. Lelaki pun pandang tak pandang je. Last 2weeks baru rapat. Banyak nasihat aku jangan makan berdiri :P Dia pun makin lama makin menggila dengan aku. Hahaha memang sporting kot dia ni and leadership dia pun hebak.
Aku pun taktahu macam mana boleh rapat dengan dia. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang bagus dia punya pegangan agama :)
Saya ni kompeni Bravo. Hohoho so far ahli2 paling hampeh. Wira paling hampeh. Hahha ada la sesetengah yang bagus. Diorang bukannya tak bagus sangat tapi bila compare to other wiras memang tak boleh lawan lah. Tapi after this kita akan menang! Mesti menang! Kasi tendang yang lain so dapat pergi AEON hahaha.
Umm so the conclusion is, everything is getting better. Hopefully dapat kenangan yang best-best and dapat improve segala kekurangan dalam diri ini.
"Kita boom dimanaa" " Kita boom di sana!"
"Satu kali sorakan!" " BRAVO"
*Disebabkan kurang kerjasama kompeni Bravo ada banyaaaaak sorakan. Ada banyak lagi..*
Sorakan yang telah di mix up kan.
" Satu kali sorakan, shhh, kita boom di mana"
Hahaha tak kemay, tak kemay.
Credit to wira bravo.
No comments:
Post a Comment